Malaysia · Kalkulator
Kalkulator KWSP: caruman pekerja dan majikan
Masukkan gaji bulanan. Anda terus nampak potongan KWSP pekerja, syer majikan dan jumlah yang masuk ke KWSP setiap bulan.
Kadar disemak: 22 November 2026 · Semakan automatik: 22 November 2026
Caruman KWSPBawah 60
Anggaran sahaja. Semak semula angka penting dengan sumber rasmi.
Kadar KWSP 2026
| Pekerja | Pekerja | Majikan |
|---|---|---|
| Warganegara atau PR bawah 60 tahun, gaji RM5,000 ke bawah | 11% | 13% |
| Warganegara atau PR bawah 60 tahun, gaji lebih RM5,000 | 11% | 12% |
| Warganegara Malaysia, 60 tahun ke atas | 0% | 4% |
| PR, 60 tahun ke atas | 5.5% | 6.5% / 6% |
| Pekerja asing (wajib mulai Oktober 2025) | 2% | 2% |
Sumber: laman KWSP "Employer Mandatory Contribution", berkuat kuasa untuk gaji Oktober 2025.
Bukan peratus terus
Untuk gaji sehingga RM20,000, KWSP guna julat Jadual Ketiga: julat RM20 bawah RM5,000 dan julat RM100 dari RM5,000 hingga RM20,000. Kadar didarab dengan had atas julat, kemudian dibundarkan ke ringgit berikutnya. Pekerja bergaji RM1,010 dikira sebagai RM1,020, iaitu RM113, bukan RM111.10.
Untuk gaji lebih RM20,000, gaji sebenar digunakan dan tetap dibundarkan ke ringgit: gaji RM25,000.50, pekerja bayar RM 2,751.00 dan majikan RM 3,001.00.
Gaji biasa (bawah 60 tahun)
| Gaji | Pekerja | Majikan | Jumlah |
|---|---|---|---|
| RM 1,000.00 | RM 110.00 | RM 130.00 | RM 240.00 |
| RM 2,000.00 | RM 220.00 | RM 260.00 | RM 480.00 |
| RM 3,000.00 | RM 330.00 | RM 390.00 | RM 720.00 |
| RM 4,000.00 | RM 440.00 | RM 520.00 | RM 960.00 |
| RM 5,000.00 | RM 550.00 | RM 650.00 | RM 1,200.00 |
| RM 5,050.00 | RM 561.00 | RM 612.00 | RM 1,173.00 |
| RM 6,000.00 | RM 660.00 | RM 720.00 | RM 1,380.00 |
| RM 8,000.00 | RM 880.00 | RM 960.00 | RM 1,840.00 |
| RM 10,000.00 | RM 1,100.00 | RM 1,200.00 | RM 2,300.00 |
Contoh lain
Pekerja asing tidak guna jadual julat (Jadual Ketiga Bahagian F). Kira terus 2% daripada gaji sebenar, kemudian bundarkan ke ringgit seterusnya. Gaji RM2,000: pekerja RM 40.00, majikan RM 40.00. Warganegara 60 tahun ke atas bergaji RM3,000: tiada potongan pekerja, majikan bayar RM 120.00.
Untuk kira PERKESO, SIP dan PCB sekali dengan gaji bersih, guna kalkulator gaji.
Soalan lazim
Bila perlu bayar KWSP?
Sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan, untuk gaji bulan sebelumnya. Gaji Januari dibayar sebelum 15 Februari.
Caruman masuk akaun mana?
Mulai Mei 2024, setiap caruman dibahagi kepada tiga akaun: Akaun Persaraan 75%, Akaun Sejahtera 15% dan Akaun Fleksibel 10%.
Bonus kena caruman KWSP ke?
Ya. Bonus, komisen dan kebanyakan elaun dikira sebagai gaji dan ikut jadual yang sama.
Boleh caruman lebih?
Boleh. Pekerja dan majikan boleh pilih kadar lebih tinggi. Kalkulator ini tunjuk jumlah minimum ikut undang-undang.
Sumber rasmi
Kadar disemak: 22 November 2026. Kadar disemak oleh manusia berpandukan laman ini. Setiap dua minggu, satu program juga semak AFA elektrik dan dokumen baharu daripada agensi. AFA dikemas kini secara automatik.
Dibuat oleh FullMark Tech
Bantuan untuk kedai dan perniagaan kecil
Pekerja makin ramai, KWSP dan slip gaji makin pening setiap bulan? FullMark Tech buat jadual gaji Excel untuk perniagaan kecil yang kira sendiri.
Tanya di WhatsApp Lihat perkhidmatan FullMark Tech