KiraBetul

Tentang laman ini dan cara kami mengira

KiraBetul dikendalikan oleh FullMark Tech, sebuah syarikat Malaysia. Kami bina kalkulator ini kerana ramai pemilik perniagaan kecil dan pekerja mahu cara cepat untuk semak slip gaji, invois dan bil. Banyak kalkulator dalam talian masih guna kadar lama.

Cara kami pastikan kiraan betul

  • Setiap kadar diambil daripada dokumen rasmi, dan kod kami catat sumbernya.
  • Kalau dokumen rasmi ada contoh kiraan, kami jadikan ujian: contoh spesifikasi PCB 2026 LHDN, jadual kadar PERKESO dan contoh bil Suruhanjaya Tenaga. Semua mesti keluar jawapan yang sama sebelum dilancarkan.
  • Setiap halaman tunjuk dua tarikh. "Kadar disemak" ialah tarikh manusia semak dokumen rasmi. "Semakan automatik" ialah tarikh program buat semakan dua minggu sekali (AFA elektrik dikemas kini sendiri, dokumen rasmi baharu dihantar untuk disemak oleh manusia).

Sumber rasmi

Templat Excel

Templat Excel di sebelah kalkulator dibuat oleh syarikat yang sama dan dijual di Payhip (FullMark Digital). Beli templat tidak mengubah apa-apa keputusan.

Anggaran sahaja, bukan nasihat kewangan, cukai atau undang-undang. Semak angka penting dengan agensi rasmi, majikan atau bank anda.